Saturday 4 February 2012

Belilah Emas dengan Syahadah Gold(PG0197469-W)


 




KENAPA????
Kerana kami menawarkan harga yang rendah dari pasaran dengan contohnya:-
Harga hari ini 5hb Februari 2012 (harga mengikut pasaran semasa)
Emas 999/g di An-Rahnu Agro Bank =RM200.40
Emas 999/g di An-Rahnu Bank Rakyat (juga pasaran semasa)=RM192
Emas 999/g di An-Rahnu di Syahadah Gold=RM184
Kita menggalakkan Tn/Pn membuat gadaian di An-Rahnu Agro Bank (kerana tawaran harga yang tinggi)
1) Contoh kiraan bayaran yang perlu tn/pn bayar kepada Syahadah Gold
Emas yg ada 100gram:
Harga (05/02/2012) Emas 999/g di Agro Bank RM200.40

RM200.40 x 100gram = RM2000.40
RM2000.40 x 70% = RM14028.00 /RM14000 (kebiasaan yg di beri oleh Agro Bank)
Harga yang pihak kami tawarkan cuma RM18400 utk emas 100gram, jadi tn/pn cuma:
Perlu menyediakan  RM4400 sahaja untuk 100gram Emas 999, Emas disandarkan di An Rahnu  atas nama tn/pn. InsyaAllah bila ada kenaikan  dari semasa ke semasa kita boleh ke Agro untuk perbaharui surat gadaian tadi, kita hanya perlu menjelaskan Upah Simpan kepada pihak Bank, selepas di tolak semua InsyaAllah tn/pn akan menikmati keuntungan banyak @ sikit , bergantung kepada nilai emas semasa. Tempoh gadaian adalah selama 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan dengan kadar terendah di pasaran iaitu 0.50 – 0.75 setiap RM100 (harga Emas semasa yg disimpan)
-Untuk keterangan lanjut sila hubungi wakil Syahadah Gold(PG0197469) –Ustaz Abdul Haris 019-5633945
*ejen kawasan Perlis,Baling,Jitra dan Alor Star diperlukan .

Friday 13 January 2012

PELAJAR CEMERLANG

KEJAYAAN MEREKA YG KURANG BERNASEB BAIK

KUCHING 25 Feb. - Kepayahan mendapat bahan pembelajaran yang lengkap dalam tulisan Braille tidak pernah mematahkan semangat seorang pelajar cacat penglihatan Young Chee Yaw, 19, meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Chee Yaw dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Lintang di sini memperoleh keputusan A- dalam mata pelajaran Sejarah dan tiga B+ bagi mata pelajaran Pengajian Am, Pengajian Perniagaan dan Bahasa Malaysia.

Anak bongsu daripada tiga beradik yang cacat penglihatan sejak dilahirkan itu memang tidak menafikan yang dia menempuh banyak halangan bagi mendapatkan bahan pembelajaran untuk orang sepertinya.

''Apabila memperoleh keputusan pada hari ini memang ia di luar jangkaan saya.

''Bagaimanapun saya begitu gembira kerana hasil didikan guru serta usaha gigih diri sendiri telah membuahkan hasil yang membanggakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Chee Yaw berkata, dia tidak pernah berputus asa meskipun mempunyai pelbagai halangan serta kepayahan dalam menuntut ilmu kerana sentiasa menerima sokongan para guru pendidikan khas.

Katanya, selain itu, sokongan kawan baiknya, Loh Wei Siong, pelajar istimewa yang menerima anugerah cemerlang Majlis Peperiksaan Malaysia juga telah banyak membantunya.

''Apabila saya berdepan dengan masalah dalam pembelajaran, saya akan berbincang dengan Wei Siong," ujarnya.

Sementara itu, pelajar cemerlang SMK Tun Abang Haji Openg yang juga anak seorang nelayan dari Kampung Tebelu, Sebuyau, dekat sini, Siti Amyruul Salina Rusali, 20, berkata, dia tidak menjadikan kesusahan hidup keluarganya sebagai penghalang dalam mencapai kejayaan di bidang akademik.

Menurutnya, kejayaan hari ini akan merangsang dirinya mencipta kejayaan yang lebih cemerlang apabila ditawarkan melanjutkan pengajian di universiti kelak.

Beliau yang memperoleh tiga A dan satu B bercita-cita melanjutkan pengajian dalam jurusan pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.

''Walaupun kehidupan keluarga susah, namun saya bersyukur ayah dan ibu memahami kepentingan akademik dengan memberi galakan meskipun mereka tidak berkemampuan menyediakan bahan pembelajaran.

''Namun bagi saya, kata-kata dorongan mereka lebih berkesan sementara bahan pembelajaran boleh dipinjam daripada guru atau rakan-rakan yang lain," ujarnya yang terpaksa berjauhan daripada keluarga kerana tinggal di asrama.

Seorang lagi pelajar sekolah yang sama, Hazwan Razali, 20, yang memperoleh dua A dan dua B berharap dapat melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Pendidikan Khas supaya dia boleh mengajar adiknya yang tergolong dalam kumpulan orang kurang upaya (OKU).

Hazwan memberitahu, beliau tidak mempunyai sebarang rahsia dalam belajar tetapi sentiasa bersungguh-sungguh mencapai impian menjadi seorang guru pendidikan khas sekali gus dapat memberi tunjuk ajar kepada adiknya yang cacat penglihatan.

''Saya gembira memperoleh keputusan STPM ini dan begitu berharap dapat melanjutkan pengajian dalam jurusan yang saya harapkan.

''Memperoleh kejayaan seperti ini perlu mempunyai kesungguhan, hormat kepada mereka yang menurunkan ilmu (para guru) serta tidak meninggalkan sembahyang lima waktu," katanya.
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0226&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm&arc=hive

Thursday 8 December 2011

MENCARI KEKAYAAN HATI..

Harta jika diletakkan sebagai alat ia akan menyelamat. tetapi jika ia menjadi matlamat ia akan membawa mudarat. justeru letakkan harta di tangan supaya ia mudah dibelanjakan ke jalan Allah SWT . Jangan letak dalam hati sehingga menimbulkan tamak dan zalim, lalu menimbulkan musibah. Bukan kaya harta atau miskin yang menjadi persoalan . tetapi setiap kita perlu berusaha untuk mencaru kekayaan hati yang boleh dimiliki oleh si miskin dan kaya . si kaya yang juga kaya hatinya, akan mendapat ketenangan dan kebahagian . Dan si miskin yang kaya hatinya juga akan memiliki ketenangan dan kebahagiaan. . Allah maha adil dengan tidak meletakkan ketenangkan dan kebahagiaan pada hati kerana tidak semua manusia dapat memiliknya . sebaliknya meletakkannya pada hati yang kaya, satu kurniaan yang boleh diraih oelh si miskin dan si kaya.

orang miskin berjalan atas landasan kesabaran, si kaya berjalan atas landasan kesyukuran. pasrahlah pada takbir , setelah mengusahakan sebaik-baik tadbir. setelah mengusahakan sebaik baik tadbir . jika tadbirnya kita menjadi miskin, jadilah hamba Allah SWT dengan kemiskinan itu. jika tadbir ditentukan menjadi orang kaya jalanilah ibadah sebagai org kaya , yang penting sampai kepada tujuan yang sama iaitu keredhan Allah SWT.

Renungilah sabda Rasullah saw ini yang bermaksud "sesiapa yang menjadikan dunia ini sebagai tujuan, maka Allah akan mencerai-beraikan urusannya menjadikan rasa tidak pernah cukup sentiasa ada  di hadapannya padahal dia tetap mendapat harta benda dunia melebihi daripada apa yang Allah swt tetapkan baginya . serta sesiapa yang menjadikan akhirat tujuannya, maka Allah akan menghimpunkan (mempermudahkan) urusannya menjadikan rasa cukup dalam hatinya  dan harta benda dunia datang kepadanya dalam keadaan rendah (tidak bernilai) dihadapannya(Riwayat al-Tarmizi)

hati yang kaya akan berasa cukup  dangan yg sedikit, sebaliknya hati yg miskin tidak akan puas dengan yang banyak . tidak ada harta yang cukup banyak boleh memuaskan hati yang miskin, namun hati yang kaya sudah berpada dengan harta yang sedikit . justeru lihatlah betapa ramainya orang kaya yang miskin jiwa ini terlibat dengan rasuah dan riba, mungkin sama ramainya dengan bilangan org miskin yang miskin hati terlibat dengan rompakan dan kecurian!

jika kaya "berniagalah" dengan Allah swt melalui zakat dan sedekah. hayatilah sabda Rasullulah saw yang bermaksud "jetahuilah,sesungguhny barang dagangan Allah sangatlah mahal dan ketahuilah barang dagangan Allah ialah Syurga" (riwayat al-tirmizi )

sebaliknya jika miskin rebutlah pahala dengan amalannya orang yang kaya hatinya akan terus memberi walaupun tidak berharta . jika tidak mampu memberi kekayaan mereka akan memberi dengan salam dan senyuman . mereka meghayati ayat Allah SWT ini "dan amalan amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi tuhanMu serta lebih baik menjadi harapan"(surah Al-Khafi 18:46)

marilah kita bersama-sama mencari keredhaan Allah ..

Wednesday 7 December 2011

PAKEJ MENGERJAKAN UMRAH PADA BULAN MAY 2012


PERHATIAN ! TEMPAT ADALAH TERHAD 
SILA BUAT TEMPAHAN SEBELUM 30/12/2011
TAMBANG DARI PULAU PINANG-KLIA-JORDAN-JEDDAH-MADINAH
(RM 5800 )
TAMBANG DARI KLIA-JORDAN-JEDDAH-MADINAH(RM5600)
PENGINAPAN/PENGANKUTAN/MAKANAN DISEDIAKAN

"KESELESAAN KESEMPURNAAN ANDA TETAMU ALLAH SWT MATLAMAT KAMI "

14 Hari dan 12 Malam
HariAturcara 
1/2 Pulau Pinang-Kuala Lumpur-Jordan - Jeddah(bermalam di Jordan Semalam)
Berlepas dari Kuala Lumpur ke Jeddah. Setelah tiba di Jeddah, jemaah akan dibawa ke Madinah dengan menaiki bas. Jemaah akan menginap di hotel dan diberi penerangan lanjut aturcara semasa berada di Madinah 
Madinah (solat Jumaat )
Selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa ke Masjid Nabawi untuk menziarahi Maqam Rasulullah dan para sahabat baginda. Jemaah juga akan dibawa menziarahi perkuburan Baqi'.
4Madinah : Ziarah
Selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa untuk menziarahi tempat bersejarah di Madinahseperti Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatin, Jabal Uhud, dan Pasar Kurma. Jemaah akan dibawa pulang ke tempat penginapan. Masa seterusnya adalah bebas untuk urusan peribadi.
5Madinah
Para jemaah dinasihatkan supaya menyempurnakan ziarah Wada' dan berihram (niat Umrah) sebelum berlepas ke Makkah sengan bas. Setibanya di Makkah, jemaah akan menyempurnakan ibadah umrah dangan dipandu oleh Mutawif.
6Makkah : Ziarah
Jemaah akan dibawa untuk menziarahi tempat bersejarah di Makkah seperti Jabal Thur, Arafah, Mina, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Muzdalifah dan Jaaranah. Bagi jemaah yang ingin menunaikan Umrah kali yanag seterusnya adalah dinasihatkan berihram (niat umrah) di Jaaranah. Jemaah akan dibawa pulang ke tempat penginapan dan seterusnya menyempurnakan ibadah Umrah bagi jemaah yang telah berniat Umrah. Masa seterusnya adalah bebas untuk urusan peribadi.
7-13Makkah
Aturcara bebas untuk para jemaah mengisi masa lapang memperbanyakkan Ibadah Umrah.
14Makkah - Jeddah - Kuala Lumpur
Jemaah dinasihatkan supaya menyempurnakan Tawaf Wada' sebelum meninggalkan Makkah untuk pulang ke Kuala Lumpur.
15Kuala Lumpur
Tiba di Kuala Lumpur
SILA HUBUNGI : USTAZ ABDUL HARIS ROMLI DI TALIAN 019-5633945 
*BANDINGAN HARGA PERLU DI NILAI DARI SUDUT WAKTU PERGI /PENGINAPAN/PENGAKUTAN/PERKHIDMATAN
* INSYA-ALLAH JARAK HOTEL DENGAN MASJIDIL HARAM ><180M 
 JARAK HOTEL DI MADINAH >< 100M 
*SEBUAH BEG PAKAIAN DAN JINJING DISEDIAKAN .

Monday 28 November 2011

bM


ku

Â

kj

kk