Monday 28 November 2011

Thursday 24 November 2011

Tanggungjawab Seorang Suami

                                                                    


ADIL
Salah satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya (isteri-isteri) ialah mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya kerana isteri itu adalah amanah Allah yang diserahkan kepada si suami.
Sabda Rasulullah SAW:
“(Fear) God, (fear) God in the matter of women. They are weak partners, a trust from God with you; and they are made by the divine word permissible for you.”
Ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Ini merupakan tunggak utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat menghayati maksud sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah rumahtangga yang banyak berlaku pada zaman ini dapat dielakkan. Suami hendaklah menjaga si isteri dan bukannya memperhambakannya walaupun disebutkan di atas sebagai mengawal isteri. Di sini, mengawal isteri bukanlah bermaksud mengawalnya sebagai hamba tetapi mengawal isteri itu daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam.
Jika sesorang lelaki itu mengahwini lebih daripada seorang isteri, bermakna suami itu perlulah bersikap adil terhadap semua isterinya. Suami hendaklah memenuhi keperluan isteri-isterinya tanpa melebih-lebihkan salah seorang daripada mereka. Suami perlulah mengaturkan jadual bermalam yang adil supaya tidak berlaku perbalahan sesama isteri dan juga dengan si suami yang akan menghalang pembentukan keluarga bahagia.
PEMIMPIN
Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya.
Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya.
Firman Allah:-
“Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya.” - (An-Nisak: 34)
NAFKAH
Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.
Firman Allah:-
"Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik." - (Al-Baqarah: 233)
Suami juga hendaklah memberikan wang yang secukupnya kepada si isteri supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si isteri berhak untuk pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan kemampuan si suami. Si isteri juga berhak untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa, selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum. Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami. Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah. Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri.
PENDIDIKAN
Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita perlulah sentiasa memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, suami perlulah melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia dapat mengajar isterinya.
Dengan memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini, tentulah ia akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang mencukupi dan menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya.
PELINDUNG
Si suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada si isteri. Isteri adalah amanah Allah, maka sudah tentu si suami hendaklah menjaganya serta menggembirakan hatinya. Hendaklah si suami memastikan bahawa si isteri sentiasa berasa senang tanpa rasa susah hati dan sengsara:
Firman Allah SWT:
“Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka.” - (at-Talaq: 6)
Menurut ayat di atas juga, suami bertanggungjawab menyediakan kediaman (yakni perlindungan) kepada si isteri. Suami hendaklah memastikan bahawa keselamatan si isteri adalah terjamin. Perempuan adalah kaum yang lemah, oleh sebab itu, sebagai kaum yang berdaya, suami hendaklah menjaga si isteri daripada sebarang bahaya. Untuk mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga, rasa cinta dan kasih sayang perlulah wujud antara suami isteri. Suami hendaklah memberikan kasih sayang kepada si isteri dengan menjaga hatinya dan melayannya dengan baik.
Suami hendaklah memastikan bahawa hati si isteri tidak terluka dengan sikap si suami. Jika si isteri melakukan sesuatu perkara yang kurang disenangi oleh suami, maka si suami hendaklah bersabar dan beralah dengannya asalkan ia tidak merosakkan peribadi si isteri dan si isteri tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam Islam.
Sabda Rasulullah SAW:
“Whoever of you whose wife behaves in a disagreeable manner and he responds by kindness and patience, God will give him rewards as much as job will be given for his forbearance.”
Untuk memastikan bahwa si suami dapat bersabar dengan karenah si isteri, si suami hendaklah mempunyai sikap memahami dan memaafkan. Ini adalah perlu supaya tidak terjadi perbalahan sesama sendiri walaupun punca masalah yang timbul adalah kecil sahaja. Si suami hendaklah bersabar dengan keletah si isteri, bertimbang rasa, dan memahami penderitaan yang ditanggung oleh si isteri ketika hamil, melahirkan anak dan mengasuhnya. Pada ketika inilah si isteri kadang-kadang bertindak mengikut perasaan. Oleh sebab itulah pada ketika ini, si suami hendaklah melayan si isteri dengan baik dan lemah lembut. Janganlah kerana perkara yang kecil sahaja maka si suami menengking si isteri itu. Akibatnya, rumahtangga akan menjadi goyah.
Jika terdapat kecacatan secara fizikal atau sebagainya, si suami hendaklah merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai. Apa-apa tanda yang terdapat pada tubuh si isteri, adalah menjadi amanah kepada si suami merahsiakan segalanya kerana ia boleh mengaibkan si isteri jika dihebohkan. Kita perlulah mengasihi semua anggota keluarga kita. Setelah berkahwin, semua ahli keluarga pihak si isteri akan menjadi keluarga pihak si suami. Oleh sebab itu, si suami hendaklah menyayangi keluarga pihak si isteri seperti keluarganya sendiri.

MELAYAN & MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIK
Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim.

     

Nasihat untuk para guru dan anak2


Amr bin Utbah berkata kepada guru anaknya, "Hendaklah yang pertama engkau lakukan dalam memperbaiki anakku adalah terlebih dahulu memperbaiki dirimu sendiri. Sebab pandangan matanya terikat dengan pandangan matamu. Jadi, yang baik bagi mereka adalah apa yang engkau lakukan dan yang buruk baginya adalah yang engkau tinggalkan."

"Ajarilah ia kitab Allah dan janganlah dipaksakan agar ia tidak jemu padanya. Namun, janganlah sampai ditinggalkan Kitab Allah itu agar ia tidak menjauhinya."

"Ajarilah ia hadis Nabi saw. dan juga sastra. Janganlah berpindah dari satu ilmu ke ilmu lain sebelum ia benar-benar menguasainya. Sebab menumpuknya pengetahuan di kepala akan membuat kesibukan di mulut."


"Ajarilah kata-kata mutiara dari orang-orang bijak dan jauhkan dari pergaulan dengan perempuan."

"Terhadap anak didik, jadilah seperti dokter yang segera menyediakan obat hingga penyakit diketahui. Jangan memasrahkan segalanya kepadaku karena takut disalahkan sebab aku telah memasrahkan kepercayaan kepadamu."

Al-Hajjaj juga memberikan pesan kepada guru anak-anaknya dengan berkata, "Ajarilah mereka renang sebelum diajari menulis. Sebab mereka dapat menemukan orang yang dapat menuliskan untuk mereka, tetapi tidak dapat menemukan orang yang dapat renang untuk mereka."

Adapun Umar bin Khaththab r.a. menulis surat kepada penduduk Syam untuk menghimbau agar mendidik anak-anak mereka dengan berkata, "Ajarilah anak-anak kalian renang, memanah, dan naik kuda. Ajarilah mereka kata-kata mutiara yang berlaku di tengah mereka dan juga puisi yang baik."

Sedangkan, nasihat orang tua kepada anaknya, antara lain sebagai berikut.
Urwah bin Zubair r.a. berpesan kepada anak-anaknya, "Wahai anakku, tuntutlah ilmu meskipun kalian masih kecil sebab kalianlah yang akan menjadi tokoh nantinya. Siapakah yang lebih jelek dari seorang tua renta yang bodoh?"

Di antara wasiat Luqman Al-Hakim kepada anaknya, "Wahai anakku, duduklah bersama para ulama dan mendekatlah kepada mereka dengan kedua lututmu karena sesungguhnya Allah menghidupkan hati-hati (manusia) dengan cahaya hikmah, sebagaimana Allah menghidupkan bumi yang mati (kering) dengan hujan yang deras."

Wednesday 23 November 2011

apasal la kau malas solat

Apasal la lu orang malas sembahyang,
Tuhan kasi lu orang jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke  itu lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang…

Apasal la lu orang malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan 10 minit , Setiap satu waktu lu orang  tak boleh luang..



Apasal la lu orang malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya lu tak lah bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang
Tuhan kasi nikmat2 kenapa lu tak kenang…

Apasal la lu orang malas sembahyang,
Main bola lu sanggup dari pagi sampai  ke petang,
Beli tiket nonton bola lu  sanggup beratur panjang
Apa la lu  ingat masuk syurga  tu boleh hutang…?
Apasal la lu orang maseh tak mau sembahyang
Lu  puasa tak pernah hutang
Bangun sahur puasa sampai waktu petang
Main mercun tangan pun hilang
Apasal la lu orang ni tetap malas sembahyang,
lu orang kena ingat, umur kita bukannya panjang
Pagi ni kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang….

Apasal la lu anakndaku maseh malas sembahyang
siksa neraka cuba la hampa  bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

solat sunat istiqa


Solat Istisqa' dilakukan supaya Allah menurunkan hujan dan menghilangkan kemarau yang panjang. Ia biasanya dilakukan ketika mengalami kemarau yang panjang di mana tanaman dan binatang ternakan boleh mati kebuluran. Manusia sendiri mengalami kepayahan yang amat sangat kerana air yang terbatas.
Tindakan yang perlu dilakukan  ialah :
1.  Puasa selama tiga hari, sambil itu bertaubat kepada Allah dengan meninggalkan segala dosa dan kezaliman.
2. Pada hari yang keempat, semua penduduk disuruh keluar dengan berpakaian sederhana menuju ke tanah lapang. Binatang ternakan juga perlu dibawa bersama.
3. Solat Sunat Istisqa' sebanyak 2 rakaat. Pada rakaat pertama sesudah membaca surah al-Fatihah bacalah Surah Sabbihisma Rabbikal A’la, dengan suara nyaring. Dan pada rakaat kedua pula dibaca surah Hal Ataaka Hadithul Ghasyiah.
4. Khatib membaca dua khutbah, pada khutbah yang pertama dimulai dengan membaca Istighfar 9 kali dan pada khutbah kedua pula dimulai dengan 7 kali istighfar.
NIATNYA
 أصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِسْقَاءِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku menunaikan solat ististiqa’ 2 rakaat kerana Allah Taala.
DOA SOLAT ISTISTIQA’
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ يَفْعَلُ مَا يُرِيدُ اللَّهُمَّ أَنْتَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الْغَنِيُّ وَنَحْنُ الْفُقَرَاءُ أَنْزِلْ عَلَيْنَا الْغَيْثَ وَاجْعَلْ مَا أَنْزَلْتَ لَنَا قُوَّةً وَبَلَاغًا إِلَى حِينٍ
“Segala puji bagi Allah pemelihara alam semesta, Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Raja hari kiamat, tiada Tuhan selain Allah, Yang berbuat menurut kehendak-Nya. Ya Allah, Engkaulah Allah yang tiada Tuhan selain-Mu. Engkaulah Maha Kaya, sedangkan kami adalah papa, turunkanlah kepada kami hujan, dan jadikanlah apa yang Engkau turunkan itu menjadi bekal sampai beberapa lama. Riwayat Abu Daud.
اللَّهُمَّ أَغِثْنَا اللَّهُمَّ أَغِثْنَا اللَّهُمَّ أَغِثْنَا
Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami”  Riwayat Muslim
اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثًا مُغِيثًا مَرِيئًا مَرِيعًا نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ عَاجِلًا غَيْرَ آجِلٍ
“Ya Allah siramilah kami dengan hujan yang menyuburkan dan yang baik kesudahannya yang bertapis-tapis yang memberi manafaat tidak memberi mudharat segera tidak berlambat-lambat” Riwayat Abu Daud.
اللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ وَبَهِيمَتَكَ وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ وَأَحْيِ بَلَدَكَ الْمَيِّتَ
“Ya Allah siramilah hambaMu dan haiwan-haiwan ternakanMu dan sebarkanlah rahmatMu dan hidupkanlah negeriMu yang mati” Riwayat Malik dan Abu Daud.

solat sunat dhuha

SOLAT SUNAT DHUHA



Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih.  Maksimanya 12 rakaat.
 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ
Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, "Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari   setiap bulan,  sembahyang dhuha 2 rakaat dan  sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani). 
 
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ
Drp Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW ; "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)
 Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."
Rasulullah bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."
 Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , beliau bersabda : "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani

Niat Solat Dhuha

أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala 

Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ  وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ
"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"

Doa :
اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ
"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu,
kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
 

FORMULA GURU

FORMULA GURU


BILA GURU LAMBAT KE SEKOLAH                                
MURID MENJELING JANGAN DIPERSALAH

BILA GURU LAMBAT KE KELAS
MURIDNYA PASTI ASYIK KE TANDAS

BILA GURU MALAS MENGAJAR
MURID PASTI CULAS BELAJAR

BILA GURU MEMBUANG MASA
MURIDNYA PASTI MALAS BERUSAHA

BILA GURU ASYIK KE KANTIN
MURID KATA CIKGU MUKA SARDIN

BILA GURU ASYIK DI PADANG
MURID DI KELAS PASTI BERTENDANG

BILA GURU HOBINYA MEROKOK
MURIDNYA PASTI LEBIH TERUK

BILA GURU SUKA BERDANDAN
MURID BELAJAR HILANG TUMPUAN

BILA GURU SEKSI PAKAIAN
MURID MENJELING JADILAH BOHJAN

BILA GURU SUKA MENGILAI
MURID PASTI AKAN MENILAI

BILA GURU SUKA BERANGAN
MURIDNYA KABUR HALA TUJUAN

BILA GURU SUKA MELENTING
MURID BORING SELALULAH PONTENG

BILA GURU KERJA TAK IKHLAS
DAPATLAH MURID BODOH DAN MALAS

BILA GURU SUKA MENGUMPAT
MURID BERCELARU BELAJAR TAK BERKAT

BILA GURU TAK HORMAT PENGETUA
MURID KATA CIKGU BELAH LA

BILA GURU ASYIK BERKATALOG
MURID BERTERABUR MELOMPAT ALA FROG

BILA GURU KURANG BERADAB
MURID PASTI LEBIH BIADAP

BILA GURU MUDAH EMOSI
MURIDNYA PASTI SENTIASA MEMBENCI

BILA GURU MENINGGI DIRI
MURIDNYA PASTI SUKA MEMBULI

BILA GURU TIDAK KREATIF
MURIDNYA PASTI PASIF

BILA GURU KERJA BERKIRA
MURIDNYA BERJAYA SEKADAR CUMA

BILA GURU KERJA BERTANGGUH
MURIDNYA BELAJAR TAK BERSUNGGUH

BILA GURU TAK TULIS RINGKASAN
MURIDNYA MALAS SUKA BERALASAN

BILA GURU ABAIKAN AMANAH
NANTI DI AKHIRAT BALASAN ALLAH



PUNJANGGA CINA

KALAU TIDAK MAMPUU JADI GULA, JADILAH GARAM –TIADA BERHARGA TAPI DAPAT MENGENAKKAN SELURUH MAKANAN.

KALAU TIDAK MAMPU JADI BULAN, JADILAH BINTANG-CAHAYANYA TIDAK GEMILANG TAPI KEHADIRANNYA AMATLAH DIPERLUKAN.

KALAU TIDAK MAMPU JADI BERLIAN JADILAH INTAN- SINARANYA PUNYA HARAPAN DALAM IMPIAN

KALAU TIDAK MAMPU JADI  MUTIARA JADILAH CINCINNYA – BIAR BURUK ADA NILAINYA

KALAU TIDAK MAMPU JADI LAUTAN JADILAH TASIK,- DAPAT MENYAMANKAN DAN MENGHIBURKAN JIWA YANG TERUSIK

KALAU TIDAK MAMPU JADI POHON JADILAH CENDAWAN, - AMAT SEGAR UNTUK DIJADIKAN MAKANAN

KALAU TIDAK MAMPU JADI IKAN KAP JADILAH IKAN HARUAN- PARAS RUPA BURUK TAPI ADA NILAI BERUBATAN

KALAU TIDAK MAMPU JADI GAJAH JADILAH RUSA TANDUKNYA BURUK TAPI DISIMPAN SELAMANYA

KALAU TIDAK MAMPU JADI MANUSIA JADILAH KERA DIRIMBA SEKURANGNYA RIMBA TIDAK SEPI DAN DUNIA ADA PENGHUNI

KALAU TIDAK MAMPU JADI HARIMAU JADILAH KUCING SETIDAKNYA KEDUANNYA ADA TARING DAN KUKU

RPH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 6



Mata Pelajaran                      :           Pendidikan Islam
Tarikh                                    :           18 Februari 2011 (Rabu)
Masa                                       :           8.45 – 9.15 pagi ( 30 minit )
Darjah                                    :           Tahun 6
Bidang                                    :           Adab & Akhlak Islamiah
Tajuk                                      :           Adab Rehlah
Objektif  Pengajaran            :   Aras 1.  Menyatakan adab-adab rehlah
    Aras 2.  Menyebut perkara-perkara yang dilarang semasa rehlah
                                                    Aras 3.  Menyenaraikan hikmah beradab ketika rehlah
Alat Bantu Mengajar            :           Video, lembaran kerja berpandu, slaid powerpoint
Pengetahuan Sedia Ada       :           Murid mengetahui tujuan rehlah
Nilai-Nilai Murni                   :           Menjaga kebersihan alam sekitar
Kaedah Pengajaran              :           Soal jawab, perbincangan, latih tubi, sumbangsaran
















Langkah-Langkah Pengajaran
LANGKAH
ISI PELAJARAN
STRATEGI P & P
ABM

Set Induksi
(5 minit)

Video yang menunjukkan situasi rehlah


- Guru memaparkan video rehlah
- Bersoal jawab secara lisan dengan
   murid tentang video tersebut.
- Guru menerima jawapan murid dan
  mengaitkan dengan tajuk pelajaran
ABM
Video

Langkah 1

(9 minit)
Adab-adab rehlah
1. Niat yang baik
2. Tempat yang selamat
3. Pakaian menutup aurat
4. Menjaga keselamatan diri

Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan
- Murid diminta berbincang mengenai adab-adab rehlah mengikut kumpulan
-  Guru memberi bimbingan kepada semua kumpulan
-  Wakil kumpulan membacakan hasil perbincangan
ABM
Lembaran kerja berpandu

Langkah 2

(6 minit)
Perkara yang dilarang semasa rehlah
1. Bergaul bebas
2. Berpakaian mendedahkan aurat
3. Merosakkan harta awam
4. Mengotorkan tempat awam
- Guru menunjukkan slaid
  powerpoint satu persatu mengenai
  perkara yang dilarang semasa rehlah
- Murid diminta membaca perkara yang dilarang semasa rehlah secara latih tubi (kelas/individu)
-  Guru menjelaskan perkara yang dilarang semasa rehlah secara ringkas
ABM
Slaid powerpoint








Langkah-Langkah Pengajaran
LANGKAH
ISI PELAJARAN
STRATEGI P & P
ABM

Langkah 3

(7 minit)
Hikmah mengamalkan adab rehlah


- Sumbangsaran daripada murid mengenai hikmah mengamalkan adab rehlah.
- Murid memberi pendapat dan idea jawapan masing-masing dengan bimbingan guru
-  Guru meminta murid menyebut semula hikmah mengamalkan adab rehlah
ABM

 

Penutup

(5 minit)

Pengukuhan
Menyebut semula isi pelajaran yang dipelajari secara lisan
- Guru meminta beberapa orang
  murid membuat rumusan terhadap isi pelajaran yang dipelajari.








PERJUANGAN TANPA HENTI



Kita baru sahaja memulakan langkah pertama dalam perlumbaan kehidupan.Kita baru sahaja menulis huruf pertama dalam puisi terindah kisah kita.Kita baru sahaja mencoret goresan awal lukisan termasyhur milik kita.Kita baru sahaja membunyikan nada pertama simfoni tersyahdu.
Jangan berhenti berjuang!!!!!
Tiada manusia yang dilahirkan sebagai panglima,
Tiada pemimpin yang tidak pernah gagal,
Tiada kejayaan tanpa keringat dan air mata,
Tiada kemanisan tanpa kesakitan.
Jangan katakan takut sebelum engkau melawan,
Jangan katakan sakit sebelum engkau berdarah,
Jangan katakan tidak sebelum engkau mencuba,
Jangan katakan menyerah selagi nyawa dikandung badan!
Tuhan tidak menjanjikan hari-hari tanpa sakit,
Tuhan tidak memberikan kesenangan tanpa kesusahan,
Tuhan tidak menawarkan matahari tanpa hujan,
Tetapi Allah menghadirkan kekuatan untuk menempuh kesusahan,
penghiburan sebagai ganti air mata,
dan cahaya petunjuk di sepanjang perjalanan!
Lebih baik kamu memiliki banyak rencana yang belum terlaksana,daripada tidak mempunyai rencana sama sekali;
Lebih baik kamu berdoa diberi kekuatan untuk menghadapi kesulitan,daripada berdoa dijauhi kesulitan;
Kerana doa memberikan kekuatan pada yang lemah,
membuatkan yang tidak percaya menjadi percaya,
dan memberikan keberanian pada yang ketakutan.
Di fikiranmu ada tujuan yang jelas,
Di hatimu ada tekad dan semangat membara,
Di belakangmu ada dorongan orang tersayang,
Di sampingmu ada rakan-rakan yang mendukung,
Di hadapanmu ada kemungkinan tanpa batas.
Jangan berhenti berjuang!!!!!
Anda pasti menemui kejayaan!!!!!

CONTOH RPH

ASSALAMUALAIKUM semua,
hari ini saya mahu menunjukkan racangan pengajaran harian.
antaranya ialah seperti beikut ,


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran                            : Pendidikan Islam (Pendidikan Khas)
Kelas                                              :  Tahun 3 PK
Masa                                             : 9.40pagi – 10.10pagi
Bilangan murid                            :  11 orang
Aspek                                            : Pengalaman ke surau/masjid
Item                                               : 1.1 Mengambil wudhuk
Kemahiran                                    :Menyebut anggota wudhuk
Hasil Pembelajaran                     : Di akhir pengajaran dan pembelajaran,murid-murid boleh
1.       Menyebut anggota wudhuk
2.       Melakukan amali wudhuk
Pengetahuan Sedia ada             :Murid pernah melihat ibubapa berwudhuk
                                                                Belajar di Kelas KAFA
Strategi                                         : Mengambil wudhuk
Nilai Murni                                   : Berjimat cermat , bersyukur nikmat Allah
Alat Bantu Mengajar                 : I-Board(Papan Interaktif),bahan maujud,carta dan gambar


Langkah
    
       Isi pelajaran
                      
                      Aktiviti
           
             Catatan




Set Induksi
( 5 minit)




3 jenis air yang berbeza

1.Guru menunjukkan 3 gelas air yang berbeza
-air kopi
-air paip
-air milo

2. Guru bersoaljawab dengan murid tentang air yang suci lagi menyucikan
3. Perbezaan Air Bersih dengan Air Mutlak

1.Murid memerhati air yang ditunjuk

2.Murid memberi respon pada soalan guru

Langkah 1
 (5 minit)


Gambar -gambar orang sedang  berwudhuk


1.Guru menunjukkan  gambar berwudhuk
2.Aktiviti Simulasi
3.Guru bersoaljawab dan mengaitkan dengan tajuk


1.Murid memerhati gambar yang ditunjuk kan
2. 2-3 murid diminta tunjukkan anggota wuduk berdasarkan pengalaman sedia ada

Langkah 2
 (12 minit)

(Tayangan I-Board)
Gambar anggota wudhuk

1.Guru meminta murid menyebut anggota wudhuk

2. Guru menunjukkan kawasan anggota wudhuk yang betul
3.latihan menandakan turutan rukun wuduk

1.Murid  melihat tayangan di I-Board.
2.menyebut satu persatu anggota wuduk
3.Aktiviti menanda di I-Board


Langkah 3
 (4 minit)



Hikmah Berwuduk

1.Guru menerangkan serba ringkas tentang hikmah kita berwuduk
2. Soaljawab berulang-kali tentang tahap kefahaman murid





1.Murid-murid diminta menyebut dan melakukan simulasi mengambil wudhuk




Penutup
(4 minit)






Carta Nasyid

1.Guru bernasyid

2. Murid mendengar sambil mengikut perlahan beserta dengan menunjuk anggota wudhuk

1.Murid bernasyid beramai-ramai


 CARTA BERGAMBAR CARA-CARA BERWUDHUK
 1) MEMBASUH TANGAN
2)BERKUMUR
3)BERSIWAK
4)MEMBASUH MUKA

5)MEMBASUH LENGAN DAN TANGAN
6)MEMBASUH RAMBUT DAN TELINGA
7)MEMBASUH KAKI 

LAGU WUDHUK 
  1. *   SATU SATU SAYA BASUH TANGAN
  2. *   DUA DUA KUMUR MULUT HIDUNG
  3. *   TIGA TIGA SAYA BASUH MUKA
  4. *   EMPAT EMPAT TANGAN HINGGA SIKU
  5. *   LIMA LIMA SAPU KEPALA
  6. *   ENAM ENAM BASUH TELINGA
  7. *   TUJUH TUJUH BASUH KAKI KITA
  8.    SATU HINGGA TUJUH BUAT SEMUANYA


bM


ku

Â

kj

kk