Friday, 13 January 2012
KEJAYAAN MEREKA YG KURANG BERNASEB BAIK
KUCHING 25 Feb. - Kepayahan mendapat bahan pembelajaran yang lengkap dalam tulisan Braille tidak pernah mematahkan semangat seorang pelajar cacat penglihatan Young Chee Yaw, 19, meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Chee Yaw dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Lintang di sini memperoleh keputusan A- dalam mata pelajaran Sejarah dan tiga B+ bagi mata pelajaran Pengajian Am, Pengajian Perniagaan dan Bahasa Malaysia.
Anak bongsu daripada tiga beradik yang cacat penglihatan sejak dilahirkan itu memang tidak menafikan yang dia menempuh banyak halangan bagi mendapatkan bahan pembelajaran untuk orang sepertinya.
''Apabila memperoleh keputusan pada hari ini memang ia di luar jangkaan saya.
''Bagaimanapun saya begitu gembira kerana hasil didikan guru serta usaha gigih diri sendiri telah membuahkan hasil yang membanggakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Chee Yaw berkata, dia tidak pernah berputus asa meskipun mempunyai pelbagai halangan serta kepayahan dalam menuntut ilmu kerana sentiasa menerima sokongan para guru pendidikan khas.
Katanya, selain itu, sokongan kawan baiknya, Loh Wei Siong, pelajar istimewa yang menerima anugerah cemerlang Majlis Peperiksaan Malaysia juga telah banyak membantunya.
''Apabila saya berdepan dengan masalah dalam pembelajaran, saya akan berbincang dengan Wei Siong," ujarnya.
Sementara itu, pelajar cemerlang SMK Tun Abang Haji Openg yang juga anak seorang nelayan dari Kampung Tebelu, Sebuyau, dekat sini, Siti Amyruul Salina Rusali, 20, berkata, dia tidak menjadikan kesusahan hidup keluarganya sebagai penghalang dalam mencapai kejayaan di bidang akademik.
Menurutnya, kejayaan hari ini akan merangsang dirinya mencipta kejayaan yang lebih cemerlang apabila ditawarkan melanjutkan pengajian di universiti kelak.
Beliau yang memperoleh tiga A dan satu B bercita-cita melanjutkan pengajian dalam jurusan pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.
''Walaupun kehidupan keluarga susah, namun saya bersyukur ayah dan ibu memahami kepentingan akademik dengan memberi galakan meskipun mereka tidak berkemampuan menyediakan bahan pembelajaran.
''Namun bagi saya, kata-kata dorongan mereka lebih berkesan sementara bahan pembelajaran boleh dipinjam daripada guru atau rakan-rakan yang lain," ujarnya yang terpaksa berjauhan daripada keluarga kerana tinggal di asrama.
Seorang lagi pelajar sekolah yang sama, Hazwan Razali, 20, yang memperoleh dua A dan dua B berharap dapat melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Pendidikan Khas supaya dia boleh mengajar adiknya yang tergolong dalam kumpulan orang kurang upaya (OKU).
Hazwan memberitahu, beliau tidak mempunyai sebarang rahsia dalam belajar tetapi sentiasa bersungguh-sungguh mencapai impian menjadi seorang guru pendidikan khas sekali gus dapat memberi tunjuk ajar kepada adiknya yang cacat penglihatan.
''Saya gembira memperoleh keputusan STPM ini dan begitu berharap dapat melanjutkan pengajian dalam jurusan yang saya harapkan.
''Memperoleh kejayaan seperti ini perlu mempunyai kesungguhan, hormat kepada mereka yang menurunkan ilmu (para guru) serta tidak meninggalkan sembahyang lima waktu," katanya.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0226&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm&arc=hive
Thursday, 8 December 2011
MENCARI KEKAYAAN HATI..
Harta jika diletakkan sebagai alat ia akan menyelamat. tetapi jika ia menjadi matlamat ia akan membawa mudarat. justeru letakkan harta di tangan supaya ia mudah dibelanjakan ke jalan Allah SWT . Jangan letak dalam hati sehingga menimbulkan tamak dan zalim, lalu menimbulkan musibah. Bukan kaya harta atau miskin yang menjadi persoalan . tetapi setiap kita perlu berusaha untuk mencaru kekayaan hati yang boleh dimiliki oleh si miskin dan kaya . si kaya yang juga kaya hatinya, akan mendapat ketenangan dan kebahagian . Dan si miskin yang kaya hatinya juga akan memiliki ketenangan dan kebahagiaan. . Allah maha adil dengan tidak meletakkan ketenangkan dan kebahagiaan pada hati kerana tidak semua manusia dapat memiliknya . sebaliknya meletakkannya pada hati yang kaya, satu kurniaan yang boleh diraih oelh si miskin dan si kaya.
orang miskin berjalan atas landasan kesabaran, si kaya berjalan atas landasan kesyukuran. pasrahlah pada takbir , setelah mengusahakan sebaik-baik tadbir. setelah mengusahakan sebaik baik tadbir . jika tadbirnya kita menjadi miskin, jadilah hamba Allah SWT dengan kemiskinan itu. jika tadbir ditentukan menjadi orang kaya jalanilah ibadah sebagai org kaya , yang penting sampai kepada tujuan yang sama iaitu keredhan Allah SWT.
Renungilah sabda Rasullah saw ini yang bermaksud "sesiapa yang menjadikan dunia ini sebagai tujuan, maka Allah akan mencerai-beraikan urusannya menjadikan rasa tidak pernah cukup sentiasa ada di hadapannya padahal dia tetap mendapat harta benda dunia melebihi daripada apa yang Allah swt tetapkan baginya . serta sesiapa yang menjadikan akhirat tujuannya, maka Allah akan menghimpunkan (mempermudahkan) urusannya menjadikan rasa cukup dalam hatinya dan harta benda dunia datang kepadanya dalam keadaan rendah (tidak bernilai) dihadapannya(Riwayat al-Tarmizi)
hati yang kaya akan berasa cukup dangan yg sedikit, sebaliknya hati yg miskin tidak akan puas dengan yang banyak . tidak ada harta yang cukup banyak boleh memuaskan hati yang miskin, namun hati yang kaya sudah berpada dengan harta yang sedikit . justeru lihatlah betapa ramainya orang kaya yang miskin jiwa ini terlibat dengan rasuah dan riba, mungkin sama ramainya dengan bilangan org miskin yang miskin hati terlibat dengan rompakan dan kecurian!
jika kaya "berniagalah" dengan Allah swt melalui zakat dan sedekah. hayatilah sabda Rasullulah saw yang bermaksud "jetahuilah,sesungguhny barang dagangan Allah sangatlah mahal dan ketahuilah barang dagangan Allah ialah Syurga" (riwayat al-tirmizi )
sebaliknya jika miskin rebutlah pahala dengan amalannya orang yang kaya hatinya akan terus memberi walaupun tidak berharta . jika tidak mampu memberi kekayaan mereka akan memberi dengan salam dan senyuman . mereka meghayati ayat Allah SWT ini "dan amalan amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi tuhanMu serta lebih baik menjadi harapan"(surah Al-Khafi 18:46)
marilah kita bersama-sama mencari keredhaan Allah ..

Wednesday, 7 December 2011
PAKEJ MENGERJAKAN UMRAH PADA BULAN MAY 2012
PERHATIAN ! TEMPAT ADALAH TERHAD
SILA BUAT TEMPAHAN SEBELUM 30/12/2011
TAMBANG DARI PULAU PINANG-KLIA-JORDAN-JEDDAH-MADINAH
(RM 5800 )
TAMBANG DARI KLIA-JORDAN-JEDDAH-MADINAH(RM5600)
PENGINAPAN/PENGANKUTAN/MAKANAN DISEDIAKAN
"KESELESAAN KESEMPURNAAN ANDA TETAMU ALLAH SWT MATLAMAT KAMI "
14 Hari dan 12 Malam
| Hari | Aturcara |
| 1/2 | Pulau Pinang-Kuala Lumpur-Jordan - Jeddah(bermalam di Jordan Semalam) |
| Berlepas dari Kuala Lumpur ke Jeddah. Setelah tiba di Jeddah, jemaah akan dibawa ke Madinah dengan menaiki bas. Jemaah akan menginap di hotel dan diberi penerangan lanjut aturcara semasa berada di Madinah | |
| 3 | Madinah (solat Jumaat ) |
| Selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa ke Masjid Nabawi untuk menziarahi Maqam Rasulullah dan para sahabat baginda. Jemaah juga akan dibawa menziarahi perkuburan Baqi'. | |
| 4 | Madinah : Ziarah |
| Selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa untuk menziarahi tempat bersejarah di Madinahseperti Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatin, Jabal Uhud, dan Pasar Kurma. Jemaah akan dibawa pulang ke tempat penginapan. Masa seterusnya adalah bebas untuk urusan peribadi. | |
| 5 | Madinah |
| Para jemaah dinasihatkan supaya menyempurnakan ziarah Wada' dan berihram (niat Umrah) sebelum berlepas ke Makkah sengan bas. Setibanya di Makkah, jemaah akan menyempurnakan ibadah umrah dangan dipandu oleh Mutawif. | |
| 6 | Makkah : Ziarah |
| Jemaah akan dibawa untuk menziarahi tempat bersejarah di Makkah seperti Jabal Thur, Arafah, Mina, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Muzdalifah dan Jaaranah. Bagi jemaah yang ingin menunaikan Umrah kali yanag seterusnya adalah dinasihatkan berihram (niat umrah) di Jaaranah. Jemaah akan dibawa pulang ke tempat penginapan dan seterusnya menyempurnakan ibadah Umrah bagi jemaah yang telah berniat Umrah. Masa seterusnya adalah bebas untuk urusan peribadi. | |
| 7-13 | Makkah |
| Aturcara bebas untuk para jemaah mengisi masa lapang memperbanyakkan Ibadah Umrah. | |
| 14 | Makkah - Jeddah - Kuala Lumpur |
| Jemaah dinasihatkan supaya menyempurnakan Tawaf Wada' sebelum meninggalkan Makkah untuk pulang ke Kuala Lumpur. | |
| 15 | Kuala Lumpur |
| Tiba di Kuala Lumpur |
SILA HUBUNGI : USTAZ ABDUL HARIS ROMLI DI TALIAN 019-5633945
*BANDINGAN HARGA PERLU DI NILAI DARI SUDUT WAKTU PERGI /PENGINAPAN/PENGAKUTAN/PERKHIDMATAN
* INSYA-ALLAH JARAK HOTEL DENGAN MASJIDIL HARAM ><180M
JARAK HOTEL DI MADINAH >< 100M
*SEBUAH BEG PAKAIAN DAN JINJING DISEDIAKAN .
* INSYA-ALLAH JARAK HOTEL DENGAN MASJIDIL HARAM ><180M
JARAK HOTEL DI MADINAH >< 100M
*SEBUAH BEG PAKAIAN DAN JINJING DISEDIAKAN .
Monday, 28 November 2011
Thursday, 24 November 2011
Tanggungjawab Seorang Suami

ADIL
Salah satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya (isteri-isteri) ialah mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya kerana isteri itu adalah amanah Allah yang diserahkan kepada si suami.
Sabda Rasulullah SAW:
“(Fear) God, (fear) God in the matter of women. They are weak partners, a trust from God with you; and they are made by the divine word permissible for you.”
Ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Ini merupakan tunggak utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat menghayati maksud sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah rumahtangga yang banyak berlaku pada zaman ini dapat dielakkan. Suami hendaklah menjaga si isteri dan bukannya memperhambakannya walaupun disebutkan di atas sebagai mengawal isteri. Di sini, mengawal isteri bukanlah bermaksud mengawalnya sebagai hamba tetapi mengawal isteri itu daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam.
Jika sesorang lelaki itu mengahwini lebih daripada seorang isteri, bermakna suami itu perlulah bersikap adil terhadap semua isterinya. Suami hendaklah memenuhi keperluan isteri-isterinya tanpa melebih-lebihkan salah seorang daripada mereka. Suami perlulah mengaturkan jadual bermalam yang adil supaya tidak berlaku perbalahan sesama isteri dan juga dengan si suami yang akan menghalang pembentukan keluarga bahagia.
PEMIMPIN
Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya.

Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya.
Firman Allah:-
“Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya.” - (An-Nisak: 34)
NAFKAH
Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.

"Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik." - (Al-Baqarah: 233)
Suami juga hendaklah memberikan wang yang secukupnya kepada si isteri supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si isteri berhak untuk pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan kemampuan si suami. Si isteri juga berhak untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa, selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum. Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami. Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah. Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri.
PENDIDIKAN
Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita perlulah sentiasa memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, suami perlulah melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia dapat mengajar isterinya.

Dengan memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini, tentulah ia akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang mencukupi dan menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya.
PELINDUNG
Si suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada si isteri. Isteri adalah amanah Allah, maka sudah tentu si suami hendaklah menjaganya serta menggembirakan hatinya. Hendaklah si suami memastikan bahawa si isteri sentiasa berasa senang tanpa rasa susah hati dan sengsara:

Firman Allah SWT:
“Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka.” - (at-Talaq: 6)
Menurut ayat di atas juga, suami bertanggungjawab menyediakan kediaman (yakni perlindungan) kepada si isteri. Suami hendaklah memastikan bahawa keselamatan si isteri adalah terjamin. Perempuan adalah kaum yang lemah, oleh sebab itu, sebagai kaum yang berdaya, suami hendaklah menjaga si isteri daripada sebarang bahaya. Untuk mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga, rasa cinta dan kasih sayang perlulah wujud antara suami isteri. Suami hendaklah memberikan kasih sayang kepada si isteri dengan menjaga hatinya dan melayannya dengan baik.
Suami hendaklah memastikan bahawa hati si isteri tidak terluka dengan sikap si suami. Jika si isteri melakukan sesuatu perkara yang kurang disenangi oleh suami, maka si suami hendaklah bersabar dan beralah dengannya asalkan ia tidak merosakkan peribadi si isteri dan si isteri tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam Islam.
Sabda Rasulullah SAW:
“Whoever of you whose wife behaves in a disagreeable manner and he responds by kindness and patience, God will give him rewards as much as job will be given for his forbearance.”
Untuk memastikan bahwa si suami dapat bersabar dengan karenah si isteri, si suami hendaklah mempunyai sikap memahami dan memaafkan. Ini adalah perlu supaya tidak terjadi perbalahan sesama sendiri walaupun punca masalah yang timbul adalah kecil sahaja. Si suami hendaklah bersabar dengan keletah si isteri, bertimbang rasa, dan memahami penderitaan yang ditanggung oleh si isteri ketika hamil, melahirkan anak dan mengasuhnya. Pada ketika inilah si isteri kadang-kadang bertindak mengikut perasaan. Oleh sebab itulah pada ketika ini, si suami hendaklah melayan si isteri dengan baik dan lemah lembut. Janganlah kerana perkara yang kecil sahaja maka si suami menengking si isteri itu. Akibatnya, rumahtangga akan menjadi goyah.
Jika terdapat kecacatan secara fizikal atau sebagainya, si suami hendaklah merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai. Apa-apa tanda yang terdapat pada tubuh si isteri, adalah menjadi amanah kepada si suami merahsiakan segalanya kerana ia boleh mengaibkan si isteri jika dihebohkan. Kita perlulah mengasihi semua anggota keluarga kita. Setelah berkahwin, semua ahli keluarga pihak si isteri akan menjadi keluarga pihak si suami. Oleh sebab itu, si suami hendaklah menyayangi keluarga pihak si isteri seperti keluarganya sendiri.
MELAYAN & MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIK
Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim.
Subscribe to:
Posts (Atom)