Saturday 4 February 2012

Belilah Emas dengan Syahadah Gold(PG0197469-W)


 




KENAPA????
Kerana kami menawarkan harga yang rendah dari pasaran dengan contohnya:-
Harga hari ini 5hb Februari 2012 (harga mengikut pasaran semasa)
Emas 999/g di An-Rahnu Agro Bank =RM200.40
Emas 999/g di An-Rahnu Bank Rakyat (juga pasaran semasa)=RM192
Emas 999/g di An-Rahnu di Syahadah Gold=RM184
Kita menggalakkan Tn/Pn membuat gadaian di An-Rahnu Agro Bank (kerana tawaran harga yang tinggi)
1) Contoh kiraan bayaran yang perlu tn/pn bayar kepada Syahadah Gold
Emas yg ada 100gram:
Harga (05/02/2012) Emas 999/g di Agro Bank RM200.40

RM200.40 x 100gram = RM2000.40
RM2000.40 x 70% = RM14028.00 /RM14000 (kebiasaan yg di beri oleh Agro Bank)
Harga yang pihak kami tawarkan cuma RM18400 utk emas 100gram, jadi tn/pn cuma:
Perlu menyediakan  RM4400 sahaja untuk 100gram Emas 999, Emas disandarkan di An Rahnu  atas nama tn/pn. InsyaAllah bila ada kenaikan  dari semasa ke semasa kita boleh ke Agro untuk perbaharui surat gadaian tadi, kita hanya perlu menjelaskan Upah Simpan kepada pihak Bank, selepas di tolak semua InsyaAllah tn/pn akan menikmati keuntungan banyak @ sikit , bergantung kepada nilai emas semasa. Tempoh gadaian adalah selama 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan dengan kadar terendah di pasaran iaitu 0.50 – 0.75 setiap RM100 (harga Emas semasa yg disimpan)
-Untuk keterangan lanjut sila hubungi wakil Syahadah Gold(PG0197469) –Ustaz Abdul Haris 019-5633945
*ejen kawasan Perlis,Baling,Jitra dan Alor Star diperlukan .

Friday 13 January 2012

PELAJAR CEMERLANG

KEJAYAAN MEREKA YG KURANG BERNASEB BAIK

KUCHING 25 Feb. - Kepayahan mendapat bahan pembelajaran yang lengkap dalam tulisan Braille tidak pernah mematahkan semangat seorang pelajar cacat penglihatan Young Chee Yaw, 19, meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Chee Yaw dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Lintang di sini memperoleh keputusan A- dalam mata pelajaran Sejarah dan tiga B+ bagi mata pelajaran Pengajian Am, Pengajian Perniagaan dan Bahasa Malaysia.

Anak bongsu daripada tiga beradik yang cacat penglihatan sejak dilahirkan itu memang tidak menafikan yang dia menempuh banyak halangan bagi mendapatkan bahan pembelajaran untuk orang sepertinya.

''Apabila memperoleh keputusan pada hari ini memang ia di luar jangkaan saya.

''Bagaimanapun saya begitu gembira kerana hasil didikan guru serta usaha gigih diri sendiri telah membuahkan hasil yang membanggakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Chee Yaw berkata, dia tidak pernah berputus asa meskipun mempunyai pelbagai halangan serta kepayahan dalam menuntut ilmu kerana sentiasa menerima sokongan para guru pendidikan khas.

Katanya, selain itu, sokongan kawan baiknya, Loh Wei Siong, pelajar istimewa yang menerima anugerah cemerlang Majlis Peperiksaan Malaysia juga telah banyak membantunya.

''Apabila saya berdepan dengan masalah dalam pembelajaran, saya akan berbincang dengan Wei Siong," ujarnya.

Sementara itu, pelajar cemerlang SMK Tun Abang Haji Openg yang juga anak seorang nelayan dari Kampung Tebelu, Sebuyau, dekat sini, Siti Amyruul Salina Rusali, 20, berkata, dia tidak menjadikan kesusahan hidup keluarganya sebagai penghalang dalam mencapai kejayaan di bidang akademik.

Menurutnya, kejayaan hari ini akan merangsang dirinya mencipta kejayaan yang lebih cemerlang apabila ditawarkan melanjutkan pengajian di universiti kelak.

Beliau yang memperoleh tiga A dan satu B bercita-cita melanjutkan pengajian dalam jurusan pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.

''Walaupun kehidupan keluarga susah, namun saya bersyukur ayah dan ibu memahami kepentingan akademik dengan memberi galakan meskipun mereka tidak berkemampuan menyediakan bahan pembelajaran.

''Namun bagi saya, kata-kata dorongan mereka lebih berkesan sementara bahan pembelajaran boleh dipinjam daripada guru atau rakan-rakan yang lain," ujarnya yang terpaksa berjauhan daripada keluarga kerana tinggal di asrama.

Seorang lagi pelajar sekolah yang sama, Hazwan Razali, 20, yang memperoleh dua A dan dua B berharap dapat melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Pendidikan Khas supaya dia boleh mengajar adiknya yang tergolong dalam kumpulan orang kurang upaya (OKU).

Hazwan memberitahu, beliau tidak mempunyai sebarang rahsia dalam belajar tetapi sentiasa bersungguh-sungguh mencapai impian menjadi seorang guru pendidikan khas sekali gus dapat memberi tunjuk ajar kepada adiknya yang cacat penglihatan.

''Saya gembira memperoleh keputusan STPM ini dan begitu berharap dapat melanjutkan pengajian dalam jurusan yang saya harapkan.

''Memperoleh kejayaan seperti ini perlu mempunyai kesungguhan, hormat kepada mereka yang menurunkan ilmu (para guru) serta tidak meninggalkan sembahyang lima waktu," katanya.
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0226&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm&arc=hive

bM


ku

Â

kj

kk