Thursday 8 December 2011

MENCARI KEKAYAAN HATI..

Harta jika diletakkan sebagai alat ia akan menyelamat. tetapi jika ia menjadi matlamat ia akan membawa mudarat. justeru letakkan harta di tangan supaya ia mudah dibelanjakan ke jalan Allah SWT . Jangan letak dalam hati sehingga menimbulkan tamak dan zalim, lalu menimbulkan musibah. Bukan kaya harta atau miskin yang menjadi persoalan . tetapi setiap kita perlu berusaha untuk mencaru kekayaan hati yang boleh dimiliki oleh si miskin dan kaya . si kaya yang juga kaya hatinya, akan mendapat ketenangan dan kebahagian . Dan si miskin yang kaya hatinya juga akan memiliki ketenangan dan kebahagiaan. . Allah maha adil dengan tidak meletakkan ketenangkan dan kebahagiaan pada hati kerana tidak semua manusia dapat memiliknya . sebaliknya meletakkannya pada hati yang kaya, satu kurniaan yang boleh diraih oelh si miskin dan si kaya.

orang miskin berjalan atas landasan kesabaran, si kaya berjalan atas landasan kesyukuran. pasrahlah pada takbir , setelah mengusahakan sebaik-baik tadbir. setelah mengusahakan sebaik baik tadbir . jika tadbirnya kita menjadi miskin, jadilah hamba Allah SWT dengan kemiskinan itu. jika tadbir ditentukan menjadi orang kaya jalanilah ibadah sebagai org kaya , yang penting sampai kepada tujuan yang sama iaitu keredhan Allah SWT.

Renungilah sabda Rasullah saw ini yang bermaksud "sesiapa yang menjadikan dunia ini sebagai tujuan, maka Allah akan mencerai-beraikan urusannya menjadikan rasa tidak pernah cukup sentiasa ada  di hadapannya padahal dia tetap mendapat harta benda dunia melebihi daripada apa yang Allah swt tetapkan baginya . serta sesiapa yang menjadikan akhirat tujuannya, maka Allah akan menghimpunkan (mempermudahkan) urusannya menjadikan rasa cukup dalam hatinya  dan harta benda dunia datang kepadanya dalam keadaan rendah (tidak bernilai) dihadapannya(Riwayat al-Tarmizi)

hati yang kaya akan berasa cukup  dangan yg sedikit, sebaliknya hati yg miskin tidak akan puas dengan yang banyak . tidak ada harta yang cukup banyak boleh memuaskan hati yang miskin, namun hati yang kaya sudah berpada dengan harta yang sedikit . justeru lihatlah betapa ramainya orang kaya yang miskin jiwa ini terlibat dengan rasuah dan riba, mungkin sama ramainya dengan bilangan org miskin yang miskin hati terlibat dengan rompakan dan kecurian!

jika kaya "berniagalah" dengan Allah swt melalui zakat dan sedekah. hayatilah sabda Rasullulah saw yang bermaksud "jetahuilah,sesungguhny barang dagangan Allah sangatlah mahal dan ketahuilah barang dagangan Allah ialah Syurga" (riwayat al-tirmizi )

sebaliknya jika miskin rebutlah pahala dengan amalannya orang yang kaya hatinya akan terus memberi walaupun tidak berharta . jika tidak mampu memberi kekayaan mereka akan memberi dengan salam dan senyuman . mereka meghayati ayat Allah SWT ini "dan amalan amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi tuhanMu serta lebih baik menjadi harapan"(surah Al-Khafi 18:46)

marilah kita bersama-sama mencari keredhaan Allah ..

No comments:

Post a Comment

bM


ku

Â

kj

kk