hari ini saya mahu menunjukkan racangan pengajaran harian.
antaranya ialah seperti beikut ,
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Pendidikan Islam (Pendidikan Khas)
Kelas : Tahun 3 PK
Masa : 9.40pagi – 10.10pagi
Bilangan murid : 11 orang
Aspek : Pengalaman ke surau/masjid
Item : 1.1 Mengambil wudhuk
Kemahiran :Menyebut anggota wudhuk
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran,murid-murid boleh
1. Menyebut anggota wudhuk
2. Melakukan amali wudhuk
Pengetahuan Sedia ada :Murid pernah melihat ibubapa berwudhuk
Belajar di Kelas KAFA
Strategi : Mengambil wudhuk
Nilai Murni : Berjimat cermat , bersyukur nikmat Allah
Alat Bantu Mengajar : I-Board(Papan Interaktif),bahan maujud,carta dan gambar
Langkah | Isi pelajaran | Aktiviti | Catatan |
Set Induksi ( 5 minit) | 3 jenis air yang berbeza | 1.Guru menunjukkan 3 gelas air yang berbeza -air kopi -air paip -air milo 2. Guru bersoaljawab dengan murid tentang air yang suci lagi menyucikan 3. Perbezaan Air Bersih dengan Air Mutlak | 1.Murid memerhati air yang ditunjuk 2.Murid memberi respon pada soalan guru |
Langkah 1 (5 minit) | Gambar -gambar orang sedang berwudhuk | 1.Guru menunjukkan gambar berwudhuk 2.Aktiviti Simulasi 3.Guru bersoaljawab dan mengaitkan dengan tajuk | 1.Murid memerhati gambar yang ditunjuk kan 2. 2-3 murid diminta tunjukkan anggota wuduk berdasarkan pengalaman sedia ada |
Langkah 2 (12 minit) | (Tayangan I-Board) Gambar anggota wudhuk | 1.Guru meminta murid menyebut anggota wudhuk 2. Guru menunjukkan kawasan anggota wudhuk yang betul 3.latihan menandakan turutan rukun wuduk | 1.Murid melihat tayangan di I-Board. 2.menyebut satu persatu anggota wuduk 3.Aktiviti menanda di I-Board |
Langkah 3 (4 minit) | Hikmah Berwuduk | 1.Guru menerangkan serba ringkas tentang hikmah kita berwuduk 2. Soaljawab berulang-kali tentang tahap kefahaman murid | 1.Murid-murid diminta menyebut dan melakukan simulasi mengambil wudhuk |
Penutup (4 minit) | Carta Nasyid | 1.Guru bernasyid 2. Murid mendengar sambil mengikut perlahan beserta dengan menunjuk anggota wudhuk | 1.Murid bernasyid beramai-ramai |
SATU SATU SAYA BASUH TANGAN
DUA DUA KUMUR MULUT HIDUNG
TIGA TIGA SAYA BASUH MUKA
EMPAT EMPAT TANGAN HINGGA SIKU
LIMA LIMA SAPU KEPALA
ENAM ENAM BASUH TELINGA
TUJUH TUJUH BASUH KAKI KITA
- SATU HINGGA TUJUH BUAT SEMUANYA
No comments:
Post a Comment